Friday, December 30, 2011

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2012 disampaikan oleh En Amran Bin Abdul Sukor, GPK Pentadbiran SMKGB kepada semua Ibu Bapa yang menghadiri Majlis Pendaftaran murid Tingkatan 1 di Dewan SMK Gajah Berang pada 30 Dis 2011.












Disampaikan oleh : 
 En Amran Bin Abdul Sukor
GPK Pentadbiran SMK Gajah Berang




Pendaftaran Murid Tingkatan 1 SMK Gajah Berang 2012

                         Tarikh   :    30 Dis 2011
                         Masa    :     8.30 pg - 10.30 pg
                         Tempat :    Dewan Sekolah

Atur cara Majlis :
Ucapan Pengetua
Ucapan GPK Kokurikulum
Ucapan HEM
Ucapan GPK Pentadbiran
Pendaftaran di kelas masing-masing

Sesi tamat pada 11.30 pagi.
Seramai 219 orang murid telah membuat pengesahan pendaftaran untuk  Tingkatan 1 sesi 2012 

Thursday, December 29, 2011

Mesyuarat Guru Pertama SMK Gajah berang 2012

                           Tarikh     :   29 Dis 2011
                            Tempat  :   Dewan Sekolah
                            Masa      :    8.00 pagi - 2.00 ptg

Thursday, December 22, 2011

Keputusan PMR SMK Gajah Berang 2011




 
Suasana Dewan SMKGB semasa pengumuman keputusan PMR oleh Pengetua 

 
Datuk Ng Teng Yau, Pengerusi PIBG SMKGB menyampaikan sijil PMR kepada Murid 8As.

Semakan Keputusan PMR 2011


kepada semua murid dan ibu bapa yang ingin tahu keputusan  PMR  : Anda boleh dapatkan keputusan melalui SMS .


Semakan Keputusan PMR 2011 SMS

Berikut adalah cara untuk membuat semakan keputusan PMR 2011 secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
Semakan Keputusan PMR 2011 secara SMS

Tuesday, December 20, 2011

Taklimat SBPA 2012 SMK Gajah Berang

                                    Tarikh   :   20 Dis 2011 ( Selasa )
                                     Masa   :    9.00 pg
                                     Tempat  :   Dewan SMK Gajah Berang, Melaka


Taklimat SBPA disampaikan oleh Pn Hjh Umaizahrah Binti Alwi, Pengetua SMKGB dan Pn Kan Sock Chun, CC Sekolah.





















Thursday, December 08, 2011

SBPA


Kepada yang berminat :

Borang Opsyen Persaraan wajib 60 tahun




Anda Boleh Muat Turun Taklimat SBPA ini  :
sbpagajiguru.ppt



SARAAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA KUMPULAN
PELAKSANA
Gaji Sebaris
60. JGS adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada turut terpakai bagi PPP.
61. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
61.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
61.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua
Klasifikasi Perkhidmatan.
61.3 kadar KGT yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi
Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih
rendah.
62. JGS untuk skim perkhidmatan PPP adalah seperti di Lampiran C5.
Prinsip Pemindahan Gaji
63. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir
diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana
perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.

Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji
64. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, PPP diberikan satu
Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS
berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada
matagaji tertinggi berhampiran.
65. Bagi PPP yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, PPP diberikan
kuantum satu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada
JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah
pada matagaji tertinggi berhampiran.
66. PPP yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi
pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih
dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan
prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.
67. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 64, 65 dan 66 adalah seperti di
Lampiran C6.
68. TPG tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
69. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG PPP kecuali dalam keadaan
berikut:
69.1 PPP yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan
diubah TPG kepada 1 Januari.
69.2 PPP yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji
JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG PPP ditetapkan
kepada TPG baru.
70. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti
Lampiran C7.


Jadual Bayaran Gaji 2012 SBPA : Semakan Kakitangan Awam

BULANTARIKH
PEMBAYARAN
HARICATATAN
Januari16 Januari 2012IsninTahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012
Februari23 Februari 2012Khamis
Mac22 Mac 2012Khamis
April25 April 2012Rabu
Mei23 Mei 2012RabuPesta Menuai 30 & 31 Mei 2012
Jun25 Jun 2012IsninHari Gawai 1 & 2 Jun 2012
Julai25 Julai 2012Rabu
Ogos13 Ogos 2012IsninHari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012
September25 September 2012Selasa
Oktober22 Oktober 2012IsninHari Raya Haji 26 Oktober 2012
November6 November 2012SelasaDeepavali13 November 2012
Disember18 Disember 2012SelasaHari Krismas 25 Disember 2012
Rujukan sumber : http://www.anm.gov.my/public_html/pek/gaji2012.pdf