Masa : 1.00 tgh - 5.00 ptg
Tempat : Auditorium Masjid Al Azim, Melaka
Sasaran : 1000 orang guru dari Daerah Melaka Tengah
Setiap sekolah diwakili 7 orang guru berikut :
Pengetua
Guru Data
Guru Media
Penyelaras Bistari
Seorang AJK PSS
Seorang AJK Maklumat Sekolah
Seorang AJK Pembestarian Sekolah
Laporan Kajian Pemantauan Sehingga March 2013 :
Untuk Renungan Semua Pembaca :
Matlamat Utama
Program Rintis Pemantapan PPG ialah
Menggurangkan
Bebanan Tugas Guru
Sejauh mana matlamat ini dicapai ?
Sebahagian tugas guru media diagih-agihkan kepada guru-guru lain (AJK).
Secara langsung bebanan guru-guru lain (AJK) telah bertambah.
Guru Media kini dikurangkan kerja-kerja Pengkeranian PSS, tetapi diberi tugas lain:
Contohnya saya :
1. Guru Tingkatan 3C
-- segala tugas dan tanggungjawab seorang Guru Tingkatan.
2. Mengajar 24 Waktu
-- 2 kelas PBS & 3 Kelas Tingkatan 3 PMR
-- P d P seperti biasa
3. Guru Perpustakaan (Ketua )
-- memastikan Perpustakaan berfungsi & semua AJK Perpustakaan menjalankan tugas
-- meneruskan perkhidmatan fotostat di perpustakaan.
4. Tanggungjawab Kokurikulum
-- Ketua Guru Penasihat Kelab/Persatuan PSS
-- Guru Penasihat Badan Beruniform ST John Ambulan
-- Guru Penasihat Permaian Carrom
-- Pegawai penjaga stesyen 3 Merentas Desa, Hakim Ujian Tara dan Sukan Sekolah
5. 3K - Menjaga 1 Blok bangunan sekolah (blok C)
- AJK Pertandingan Kebersihan kelas ( penilai markah Tingkatan 2)
- Latihan Kebakaran (uruskan kelas dan blok )
6. Mulai March 2013 tambah lagi satu : Program Sekolah Selamat
- Pemantauan, Penyelenggaraan dan Pelaporan Landskap Sekolah.
7. Ketua Pentaksir PEKA Sains PMR peringkat sekolah.
8. Jawatankuasa Aset Sekolah
- harta modal, inventori, pelupusan yang berkaitan PSS
- semakan aset PSS
- menguruskan aset dalam kelas 3C (kerusi & meja murid selalu hilang / tertukar )
9. Lain-lain tugas semasa / tergempar
contoh :
- menyediakan tempat pertandingan Debat Bahasa Inggeris Peringkat Daerah di Perpustakaan.
- Memastikan kerusi & meja Perpustakaan di susun semula selepas digunakan untuk Rakaman Video Pertandingan Choral Speaking
- menyediakan peralatan rakaman video (charge bateri, pastikan video kamera berfungsi) dan uruskan peminjaman kepada GKMP Bahasa. Tahun ini saya tidak dapat buat rakaman video & hasilkan video untuk Pertandingan Choral Speaking, sekolah terpaksa minta bantuan daripada PKG 03. Sebelum ini saya buat.
- saya mengaku tidak dapat membantu pihak pentadbir sekolah menyediakan PPT Profil Sekolah untuk Pemantauan Sekolah Kluster Kecemerlangan tahun 2013 ini (kekangan masa). Dulu saya buat, sekarang guru ICT dan guru-guru lain terpaksa ambilalih sepenuhnya.
- saya mengaku tidak dapat membantu pihak pentadbir sekolah menyediakan PPT Profil Sekolah untuk Pemantauan Sekolah Kluster Kecemerlangan tahun 2013 ini (kekangan masa). Dulu saya buat, sekarang guru ICT dan guru-guru lain terpaksa ambilalih sepenuhnya.
10. Perkhidmatan kepada BTPN Melaka - JU Pengurusan dan Pentadbiran PSS
- dalam proses penghasilan modul-modul untuk rujukan PT dan Jawatankuasa PSS
11. Jangan Lupa tugas utama mantan GPM :
Mentoring & Coaching
11.1 Melatih PT N17 yang bertugas di Perpustakaan.
-- Diharapkan dapat sampaikan ilmu / kemahiran Pengurusan PSS kepada PT N17.
11.2 Memantau PT N 17 buat kerja .
11.3 Melatih semua guru AJK PSS .
-- melatih guru NILAM menguruskan i-NILAM, perlancaran NILAM,
rekod NILAM, kemaskini data NILAM, pelaporan NILAM , pinjaman pukal, dll
-- membimbing guru menguruskan Smart Kad Murid
-- Automasi
-- kecerian & kebersihan PSS
-- Teknik Proses Buku
-- iQ PSS
-- Lain-lain
11. 4 Melatih kumpulan-kumpulan Pengawas PSS
-- agar dapat melaksanakan tugas secara berdikari.
Rumusan : Adakah Bebanan saya dikurangkan ? ( )
Saya bersyukur kepada Tuhan
saya masih dapat berfungsi dalam keadaan ini.
(Touch n Go )
Siapa rugi ? murid ... sekolah ...
Ramai kawan-kawan mantan GPM di Melaka tanya
Tahun 2014
Boleh tak kami undur diri dari unit PSS sepenuhnya?
Lebih baik jadi guru biasa saja ...
Suara hati
Tarikh : 1 Mei 2013
How Long Can I Last ?
Sabar !Saya bersyukur kepada Tuhan
saya masih dapat berfungsi dalam keadaan ini.
(Touch n Go )
Siapa rugi ? murid ... sekolah ...
Ramai kawan-kawan mantan GPM di Melaka tanya
Tahun 2014
Boleh tak kami undur diri dari unit PSS sepenuhnya?
Lebih baik jadi guru biasa saja ...
Suara hati
Tarikh : 1 Mei 2013