Sunday, September 22, 2013

Isu Program Rintis PPG di Negeri Melaka 2013

Perkembangan Semasa Kajian  Program Rintis PPG 2013

Terima kasih diucapkan kepada Pn Fadzliaton Zainudin atas perjuangan masa depan dan hala tuju  PSS dan GPM-GPM Malaysia. 


Penjelasan daripada Pn Fadzliaton Zainudin
pada 21 Sept 2013
di FB GPM Malaysia

ISU GPM AKAN DIMANSUHKAN? 
Izinkan saya memberi sedikit penjelasan terhadap isu yang hangat ini supaya semua GPM faham akan apa yang berlaku dan saya berharap supaya tidak timbul sebarang kekeliruan yang membimbangkan hati dan jiwa GPM.

1. Program Pemantapan Profesion Guru (PPG) mula dilaksanakan pada Ogos 2010. 
Kajian Fasa 1 telah dilaksanakan di Melaka Tengah yang melibatkan 19 sekolah dan 1,171 responden. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti maklumat perjawatan dan pengisian serta fungsi dan skop tugas responden. Kajian seterusnya dilaksanakan pada April 2011 untuk mengkaji Pentadbir dan Guru yang tidak mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang ditetapkan (dalam kes GPM SPI Bil. 3/2005).

2. Hasil daripada kajian Fasa 1, YAB Menteri Pelajaran (aka TPM) telah mengarahkan supaya Kajian Fasa 2 dilaksanakan pada Jan 2012, untuk mengurangkan beban tugas Guru Tugas Khas (bermaksud GPM, Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru Data (mereka mempunyai SPI yang mengatakan mereka mengajar kurang tetapi melaksanakan kerja dalam bidang PSS, Pembestarian Sekolah dan Data) dan menjajarkan tugas Anggota Kumpulan Pelaksana – AKP (bermaksud N17 / PTO dan FT 17).

3. Hasil daripada pembentangan Kajian Fasa 2, YAB Menteri Pelajaran telah memutuskan dalam Mesyuarat JK Pemantapan Profesion Guru (PPG) pelaksanaan Kajian Rintis PPG di 313 sekolah di Melaka mulai Jan – Dis 2013.

4. Objektif utama Kajian Rintis yang sedang berlaku di Melaka sekarang ini adalah untuk mengkaji kesesuaian tugas PERKERANIAN yang dilaksanakan oleh GTK (GPM, GPB dan Guru Data) untuk diambil alih oleh AKP. Selain itu, kajian ini mengenal pasti tugas PROFESIONAL GTK diambil alih oleh JAWATANKUASA (PSS, PEMBESTARIAN DAN MAKLUMAT SEKOLAH) supaya GTK dapat memberi tumpuan kepada PdP.

PEMBETULAN 1: KPM prihatin terhadap beban tugas GTK (Read: GPM, GPB dan Guru Data), BUKAN berhasrat memansuhkan GTK (GPM, GPB, Guru Data).

PEMBETULAN 2: AKP ditugaskan untuk mengambil alih tugas PERKERANIAN yang dilaksanakan oleh GTK. Tugas-tugas professional GTK (yang melibatkan PdP spt. program galakan membaca, literasi maklumat, Sains Perpustakaan, dsb.) diserahkan kepada JAWATANKUASA di sekolah di mana guru-guru di bawah JK tersebut sama-sama berganding bahu membantu menjayakannya spt apa yang dilakukan oleh JK Disiplin, JK Bimbingan dan Kaunseling, dsb. supaya GTK dapat memberi tumpuan kepada tugas profesionalnya (PdP).

PEMBETULAN 3: GTK (GPM, GPB, Guru Data) tidak dimansuhkan. HANYA SPI Bil. 3/2005 untuk GPM dan GPB dan SPI 14/2007 dikecualikan pelaksanaannya di negeri Melaka pada Jan – Dis 2013 (negeri lain tidak terlibat, so business as usual).

PEMBETULAN 4: Sepanjang tempoh Kajian Rintis di Melaka ini, GELARAN JAWATAN GPM, GPB, Guru Data seperti dalam SPI digugurkan tetapi semua program dan aktiviti sepatutnya berjalan seperti biasa melalui JK dengan melantik Guru-Guru Penasihat / AJK Kerja. (personal note: yg ini sy tak berapa setuju la sbb menyentuh sensitiviti GTK dan membuatkan ada di antara mereka yang menolak Kajian Rintis ini).

PEMBETULAN 5: Kepakaran GTK disalurkan melalui sesi khidmat bimbingan (mentoring and coaching) yang bertserusan…. (personal note: yang ini susah nak buat la sbb GTK masuk kelas sepenuh masa. Ini juga saya rasa akan jd penentu kejayaan atau kegagalan Kajian Rintis ini).
Rumusan: Menerima maklumat berkaitan Kajian Rintis ini tidak salah tetapi GPM perlu memastikan kesahihan maklumat tersebut daripada sumber yang berwibawa (praktikkan LITERASI MAKLUMAT). Kita boleh sama ada menyokong atau tidak menyokong Kajian ini atas sebab-sebab yang tertentu mengikut perspektif tertentu tetapi kita tidak perlu bersikap menyalahkan pihak-pihak tertentu. Dalam beberapa siri mesyuarat, Bahagian KPM yang menjaga GTK spt BTP dan BPPDP (EPRD) telah menyatakan kebimbangan terhadap implikasi yang akan berlaku. Akan tetapi itu semua adalah andaian awal (Saya sendiri pernah dikatakan EMOSIONAL dalam hal ini). Yang menjadi penentu adalah hasil KAJIAN RINTIS tersebut. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua diberikan petunjuk dan berada di jalan yang lurus. Sekian.



Rujukan program rintis:


Reflexi :
 This is not a complain but a reflection on what actually happen in my school.

 AKP pertama (Pn Rosmaria ) berkhidmat dengan baik dari Januari hingga awal Jun 2013.
AKP tukar ke sekolah lain mulai 3 Jun 2013. (atas sebab-sebab tertentu )
Tiada pengganti sehingga 20 Jun 2013. Jadi Pihak sekolah minta Pn Rosmaria tangguhkan pertukaran dan siapkan kerja-kerja data sehingga AKP kedua melapor diri.
AKP kedua (Cik Nur Hazwani ) melapor diri pada 20 Jun 2013 dan kontrak dia di sekolah adalah 3 bulan sehingga 19 September 2013.
Dalam surat kontrak beliau hanya dinyatakan kerja-kerja data sahaja . Tiada sebut tugas-tugas PSS tetapi secara lisan beliau dimaklumkan berkhidmat di perpustakaan.
Jadi beliaupun kerja sehingga 19 Sept 2013. Tiada hasrat untuk sambung kontrak wlaupun ditawarkan oleh pengetua. 
Boleh bayangkantak  apa perasaan kami GTK  (saya dan guru data).
 Mentoring and coaching . Time ! Time ! Effort ! Frustration ! 

Banyaklah sabar dan tabah.

Akhirnya GTK data tak tahan dan talefon JPN ... dan ... AKP diteruskan perkhidmatan ... mungkin sehingga akhir tahun.
Tahun hadapan tukar lagi AKP baru.

Setiap kali tukar AKP,... mentoring dan coaching semula. 


Tugas utama saya tahun ini adalah Guru Tingkatan dan mengajar penuh masa. 
Terpaksa saya berkorban PSS kerana projek Rintis ini.

What can I do ?
This is more than sad.
I can't help but to let go. Even though i love the PSS that i built up over the years.

Well, let's hope and pray that all the schools will be given a S17 AKP and not any fresh contract worker.

Conclusion :
Damage has been done.