Tuesday, December 20, 2011

Taklimat SBPA 2012 SMK Gajah Berang

                                    Tarikh   :   20 Dis 2011 ( Selasa )
                                     Masa   :    9.00 pg
                                     Tempat  :   Dewan SMK Gajah Berang, Melaka


Taklimat SBPA disampaikan oleh Pn Hjh Umaizahrah Binti Alwi, Pengetua SMKGB dan Pn Kan Sock Chun, CC Sekolah.





















Thursday, December 08, 2011

SBPA


Kepada yang berminat :

Borang Opsyen Persaraan wajib 60 tahun




Anda Boleh Muat Turun Taklimat SBPA ini  :
sbpagajiguru.ppt



SARAAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA KUMPULAN
PELAKSANA
Gaji Sebaris
60. JGS adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada turut terpakai bagi PPP.
61. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
61.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
61.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua
Klasifikasi Perkhidmatan.
61.3 kadar KGT yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi
Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih
rendah.
62. JGS untuk skim perkhidmatan PPP adalah seperti di Lampiran C5.
Prinsip Pemindahan Gaji
63. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir
diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana
perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.

Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji
64. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, PPP diberikan satu
Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS
berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada
matagaji tertinggi berhampiran.
65. Bagi PPP yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, PPP diberikan
kuantum satu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada
JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah
pada matagaji tertinggi berhampiran.
66. PPP yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi
pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih
dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan
prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.
67. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 64, 65 dan 66 adalah seperti di
Lampiran C6.
68. TPG tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
69. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG PPP kecuali dalam keadaan
berikut:
69.1 PPP yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan
diubah TPG kepada 1 Januari.
69.2 PPP yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji
JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG PPP ditetapkan
kepada TPG baru.
70. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti
Lampiran C7.


Jadual Bayaran Gaji 2012 SBPA : Semakan Kakitangan Awam

BULANTARIKH
PEMBAYARAN
HARICATATAN
Januari16 Januari 2012IsninTahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012
Februari23 Februari 2012Khamis
Mac22 Mac 2012Khamis
April25 April 2012Rabu
Mei23 Mei 2012RabuPesta Menuai 30 & 31 Mei 2012
Jun25 Jun 2012IsninHari Gawai 1 & 2 Jun 2012
Julai25 Julai 2012Rabu
Ogos13 Ogos 2012IsninHari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012
September25 September 2012Selasa
Oktober22 Oktober 2012IsninHari Raya Haji 26 Oktober 2012
November6 November 2012SelasaDeepavali13 November 2012
Disember18 Disember 2012SelasaHari Krismas 25 Disember 2012
Rujukan sumber : http://www.anm.gov.my/public_html/pek/gaji2012.pdf

Saturday, December 03, 2011

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 Sesi 2012 SMK Gajah Berang

                                   Tarikh      :    3 Dis 2011
                                   Tempat    :    SMK gajah Berang
                                   Masa       :    8.30 pg - 11.30pg

Suasana Semasa Pendaftaran Awal Tingkatan 1
Suasana di sekitar Koperasi Sekolah
Perhimpunan ibubapa dan anak di kantin untuk Pendaftaran



Serahan borang pilihan Medium  Pengajaran & Pembelajaran Matematik dan Sains dalam B Inggeris (PPSMI)
Penyelaras Tingkatan 1, Pn Tan Sok Yong mengendalikan sesi ini dengan teratur, dipantau oleh Pn Tan Guek Ping, GPK HEM SMK Gajah Berang.
Penyemakan borang 

Sesi Pendaftaran Tamat pada pukul 11.30 pagi.

Terima Kasih kepada guru-guru yang telah membantu menjayakan aktiviti Pendaftaran Awal Murid Tingkatan 1 pada hari ini.

Friday, December 02, 2011

SMK Gajah Berang

Gotong Royong PSS Semasa Cuti Akhir Tahun 2011
Semakan Stok PSS Akhir Tahun 

Penyusunan semula buku dan kiraan stok secara sistematik .

Kerja-kerja baik pulih buku perpustakaan oleh  kumpulan pengawas PSS

Kemaskini Rekod  Utama Pencapaian NILAM murid bagi Tahun 2011



Bukti  Dokumentasi Laporan NILAM


Persiapan Awal Sesi Persekolahan 2012
Terima Kasih kepada semua pengawas PSS yang berjaya membantu dalam aktiviti kali ini,  Sumbangan anda amat dihargai.



Monday, November 14, 2011

Peperiksaan SPM 2011 Bermula


Seramai 233 orang calon murid SMK Gajah Berang menduduki Peperiksaan SPM Tahun 2011

Penyerahan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 ( RM 100.00 )


Berita Terkini : Pesanan Pengetua
Khas Untuk semua murid Tingkatan 4 SMK Gajah Berang 2011 :
Sila Hadir bersama ibu/bapa/ penjaga ke sekolah pada pukul 11.00 pg - 1.00tgh hari ini 14 Nov 2011 untuk menerima Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 ( RM 100.00 ) daripada guru tingkatan masing-masing di blok merah.
Sekian Dimaklumkan.

Taklimat Penyerahan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 
Tarikh  :   14 Nov 2011 
Masa  :   8.30 pg
Tempat  :   Perpustakaan
Pn Hjh Umaizahrah Binti Alwi , Pengetua SMKGB diiringi  Pn Tan Guek Peng,GPK HEM menyampaikan Taklimat penting prosedur penyerahan wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 kepada semua guru yang terlibat.

 
Guru-guru diingati mengikut langkah-langkah keselamatan semasa menyerahkan wang kepada ibu bapa / penjaga sah  pada masa dan hari yang ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah.



Tarikh Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan  - RM 100.00 adalah seperti berikut :
Tingkatan  4      :     14 Nov 2011   ( Isnin )
Tingkatan  2      :     15 Nov 2011   ( Selasa )
Tingkatan  1      :     16 Nov 2011   (Rabu )
Tingkatan  3      :     17 Nov 2011   ( Khamis )

Masa Penyerahan  :    11.00 pg - 1.00 tgh
Tempat                    :     Blok E ( Bangunan Merah dekat tapak perhimpunan )

Murid-murid Tingkatan 5 tahun 2011 tidak tersenarai dalam penyerahan ini.

Eviden Penyerahan Wang :  14 Nov 2011                                    Tingkatan 4