Saturday, January 26, 2013

Free Books from Scholastic

A Big Thank You 
To 
SCHOLASTIC
for
the free books
Books received on 21 Jan 2013

50 easy reading books for the library.
Librarians processing and wrapping the books.
 Hopefully by next week  those books will be ready for circulation.

See!
 How fast the librarians work.

Thank You guys for your help.




Rekod Aktiviti Latihan Pengawas Perpustakaan 2013

Januari 2013 
9 Jan 2013     Ujian Bertulis dan Temuduga Pengambilan Pengawas PSS Baru
11 Jan 2013    Sambungan Temuduga Pengambilan Pengawas PSS Baru
18 Jan 2013    Latihan Pengawas PSS Baru I
25 Jan 2013    Latihan Pengawas PSS Baru 2


Membalut Buku  -  25 Jan 2013


Latihan Membalut Buku


Sunday, January 13, 2013

Tugas saya sebagai GPM di SMK Gajah Berang


Senarai kerja yang saya laksanakan sepanjang tahun untuk PSS selain daripada memproses buku  :
1.     Buka gate librari setiap pagi – 7.30 pg

2.      Bawa  6 jenis surat khabar ke perpustakaan , murid rekod dan masukkan dalam rak surat khabar. Kadang-kadang murid tak sempat buat,  saya tolong . Setiap minggu saya semak, akhir bulan semak, cop dan hantar satu salinan rekod terima surat khabar kepada pejabat untuk buat bayaran.

3.      Pastikan pekerja naik blok perpustakaan , sapu dan mop sepanjang koridor blok perpustakaan. (Bila dia tak naik / tak datang, kena buat sendiri)

4.      Bersihkan bahagian dalam librari . Librarian membantu juga pada waktu rehat dan petang.

5.      On komputer automasi, buat maintainence printer (clean print head). Lepas tu baru mula kerja-kerja automasi.
6.      Kalau printer rosak, cuba repair sendiri (minor repair – save money )

7.      Check meter mesin fotostat . (Pastikan kutipan wang fotostat yang dilakukan oleh librarians betul, check rekod fotostat ). Kalau mesin fotostat jam / rosak, cuba repair (minor repair saya buat sendiri). Kalau tak boleh repair baru talefon kedai.

8.      Bila kertas fotostat habis , saya ke kedai The Paper Shop (Kat Melaka Raya) beli kertas dan angkut dengan kereta sendiri (biasanya sebelah petang).

9.      Chek CCTV. Pastikan semua berfungsi. Jika berlaku kecurian barang murid / kehilangan@ tertukarnya kasut, peninglah kepala saya. Sebab ia memakan masa untuk lihat semula rekod CCTV. Pergi kelas demi kelas cari budak, dll. Paling cepatpun 2 waktu untuk selesaikan masalah ini. Bukan saja CCTV dalam dan luar librari. Yang pening kepala ialah selesaikan masalah CCTV di dalam dan luar makmal komputer. Bila murid rosakkan komputer dsb.

10.  Bila lampu siling tak menyala, pergi kedai elektrik, beli lampu baru (biasanya sebelah petang-after school) dan tukar . Dua kali CC kat pejabat yang  bertindak panggil orang luar. Kadang-kadang nak tunggu lama sangat, jadi buatlah sendiri. Minta tolong pakcik guard (sangat baik), biasa buat bersama dia.

11.  Bila Air-con rosak,saya isi nota minta, dapatkan kebenaran pengetua, isi LO (sekarang kerani yang isi LO),lepastu telefon kedai air-con untuk servis dan repair air-con. Bila mereka datang, saya berada di librari tunggu dan pantau mereka buat kerja-kerja repair. Lepastu hantar bil kepejabat untuk buat bayaran.

12.  Promosi PSS, NILAM  kepada murid-murid tingkatan 1 & 6 setiap tahun.
13.  Bila ada mesyuarat kurikulum / Panitia / LDP  di perpustakaan, saya dan Librarian buat persiapan tempat  (Perpustakaan merupakan bilik serbaguna ) : alihkan meja ke dalam bilik rujukan dan susun kerusi untuk mesyuarat . Sediakan PA sistem, LCD dan Laptop jika perlu.

14.  Bila cikgu bawa murid masuk librari untuk NILAM,  saya bantu kawal disiplin murid. Mulai FebTahun 2012 saya tayangkan i-NILAM secara online kepada murid on the spot. Minta mereka check rekod bilangan buku secara online. Kalau budak nak pinjam buku, saya uruskan pinjaman dan pemulangan. Begitu juga pinjaman pukal (guru pinjam 50 buku sekali untuk satu kelas. Sediakan borang dan fail untuk guru berkenaan.

15.  Paling banyak masa digunakan untuk pengurusan i NILAM. Guru NILAM  membantu saya agih dan kutip fail NILAM -40 kelas (sebab dia sibuk). Persiapan sebelum taklimat NILAM, http://tehonchew.blogspot.com/2012/02/taklimat-pelaksanaan-nilam-2012.html   Majlis Pelancaran NILAM, http://tehonchew.blogspot.com/2012/02/majlis-perlancaran-nilam-2012.html masuk data NILAM murid (tahun ini guru nilam bantu juga sikit-sikit- boleh semak dan rujuk i-NILAM) tapi kebanyakannya saya yang buat bersama librarian, semak data NILAM, Print laporan, agih kepada 40 kelas untuk disemak, 1 Salinan di pamerkan di papan kenyataan NILAM. Print Sijil. Majlis pengiktirafan pencapaian NILAM (oktober), agihkan kepada guru tingkatan untuk direkod dalam buku rekod pelajar.

16.  Bawa kereta sendiri ke BTPN Melaka / JPM , angkat buku NILAM (1000 buku setiap kali beli)  untuk dijual di koperasi. Pustakam untung duit, kita yang kena paksa angkut buku sendiri.

17.  Melatih Pengawas PSS merupakan satu tugas utama yang melibatkan banyak masa.. Saya sentiasa bersama librarians setiap kali ada mesyuarat pengawas PSS.  Pengawas PSS kat sekolah saya amat aktif sepanjang tahun. Saya beri latihan LDP kepada librarian dari masa ke semasa- Literasi maklumat kemahiran perpustakaan, proses teknik buku, kemahiran mencari maklumat, kemahiran ICT dll.. (stay back most of the days )

18.  Bersama librarian buat ujian bertulis  dan temuduga pengawas PSS baru setiap Januari (Tingkatan 1) dan Mei (tingkatan 6). Memberi latihan kepimpinan Pengawas PSS , latihan asas Pengawas PSS. Menguruskan Majlis Pelantikan Pengawas PSS.
19.  Menguruskan LDP berkaitan PSS kepada guru-guru . contoh :
Hands on Eduweb TV.
Memberi ceramah aplikasi data on-line  LDP i-NILAM http://tehonchew.blogspot.com/2012/02/ldp-aplikasi-data-online.html
Mengurus dan memberi ceramah dalam Bengkel Penghasilan Modul Literasi Maklumat.
20.  Menguruskan pelbagai aktiviti galakan membaca – contoh : Read 2012 http://tehonchew.blogspot.com/2012/10/read-2012.html

21.  Uruskan pelbagai aktiviti / projek jualan peningkatan dana (projek dedikasi Tahun baru Cina & Valentine –untung RM 701.35, Jualan Sukan-untung RM350.10, Projek Tanglung –untung RM300.90, projek binding –untung RM1198.80, jualan T-shirt- RM128.00 (Setiap projek mengambil masa dan usaha, walaupun penat, tapi ada kepuasan)- murid belajar kemahiran Teamwork dan kepimpinan. Contoh :
Aktiviti sebegini memang memakan masa.  (A lot of time spent coaching and guiding and doing togather with the students ).

22.  Menyediakan pelbagai sudut  dan PSS dan pameran semasa.
23.  Setiap kali ada pelawat dari luar, pasti perpustakaan digunakan untuk menyambut tetamu. Persiapan awal untuk pelbagai majlis – pindahkan meja kerusi ke bahagian dalam PSS, susun semula kerusi , ceriakan perpustakaan, persiapan tempat untuk jamu selera.
Selepas setiap Majlis, susun semula kerusi meja. Bersihkan librari. (Biasa buat bersama librarian )

24.  Buat lawatan sambil belajar ke pesta jualan buku. Buat kertas kerja, sewa bus, cari murid, sebar maklumat, beri taklimat rombongan, pada hari berkenaan, bersama murid,  pastikan keeselamatan murid. Melatih murid cara memilih buku berkuali, dan beli buku untuk perpustakaan. Dalam bus pun buat book review. So much fun eventhough tiring.
25.  Buat semakan stok dan year end housekeeping.  (kerja ini memang penat sikit. Bukan satu hari boleh siap ) http://tehonchew.blogspot.com/2012/11/pss-end-of-year-house-keeping.html

26.  Mengemas dan Membersihkan stor PSS. (Kat rumah kerja-krja membersih dan mengemas sebegini orang gaji saya buat, di sekolah saya juga kena uruskan ).

27.  Menguruskan smart Kad murid – sedia senarai murid T 1 (8 kelas), kutip duit RM10.00, ambil gambar murid (syarikat One Think ), hantar ke setiap kelas untuk semak gambar dan maklumat murid, bila kad siap, kena activate kat komputer, semak keboleh gunaan kad, agihkan kad kepada murid. Bila murid hilang kad tau murid baru pindah ke sekolah, kena uruskan buat kad baru (paling leceh – sekejap satu, satu, very time consuming )  http://tehonchew.blogspot.com/2012/01/smart-card-murid-tingkatan-1-smk-gajah.html

28.   Buat kertas kerja projek naik taraf PSS, Dataran NILAM, memantau kerja-kerja pembinaan Dataran NILAM (Hari ahad pun saya datang sekolah untuk memastikan kerja-kerja dijalankan dengan baik)
29.  Saya bersama guru-guru ABM memindahkan barang-barang dalm kabinet di Bilik media sebelum projek naik taraf  diadakan. Bila kerja-kerja baik pulih bilik media berlangsung semasa cuti, saya sering balik memantau dan memastikan kontraktor membuat kerja dengan baik.
selepas sudah siap, saya bersama AJK Bilik Media kemas dan susun semula barang-barang ke dalam rak di bilik media dan jadikan sebagai bilik serbaguna.
30.  Mengendalikan AGM PSS setahun sekali -  pesan makanan untuk murid, beli cendera hati, bimbing murid buat kad jemputan, laporan dan minit mesyuarat. http://tehonchew.blogspot.com/2012/07/agm-lembaga-pengawas-perpustakaan-2012.html

31.  Melatih murid membina blog PSS SMK Gajah berang dan mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat negeri Melaka. http://tehonchew.blogspot.com/2011/09/keputusan-pertandingan-membina-blog-pss.html

32.  Membangunkan laman web PSS SMK Gajah Berang pada 2010 (Weebly) http://smkgbpss.weebly.com/

33.  Membangunkan Blog PSS SMK Gajah Berang pada 2011 .( Blogger) http://psssmkgajahberangmelaka.blogspot.com/2011/09/carta-organisasi-pss-smkgb-2011-terkini.html

34.  Membangunkan Portal PSS SMK Gajah Berang 2012 ( wordpress) Hasil kursus di Heritage Hotel Melaka pada Ogos 2012
35.  Menyediakan bahan-bahan Literasi Maklumat “ The Big Six Skill ”  untuk LDP Literasi Maklumat semua guru SMK Gajah Berang. http://www.authorstream.com/Presentation/psssmkgb-1096481-big-6-utk-ldp-25jun-2011/
36.  Memberi idea, membimbing dan bersama-sama murid menghias perpustkaan, papan pameran semasa, menyediakan sudut-sudut semasa PSS. (Tak cantik, buka dan pasang semula ) semu ini memakan masa – bukan boleh siap dalam satu hari.

37.  Menyediakan gambar-gambar guru SMK Gajah Berang dan masuk dalam komputer GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK Kokurikulum, dan semua GKMP untuk kegunaan carta organisasi semua unit. http://psssmkgajahberang.wordpress.com/guru/

38.  Menyediakan group e-mail untuk kegunaan semua staf SMK Gajah Berang. Ia dilancarkan oleh Pn Pengetua semasa Mesyuarat Guru pada awal tahun..

39.  Menyediakan persembahan multimedia Sejarah SMK Gajah Berang.
40.  Menyediakan slaid Profil sekolah untuk pemantauan Nazir  bagi tujuan Calon sekolah Kluster Kecemerlangan 2011 (tahun 2012- disediakan oleh guru ICT. ). Menyediakan 10 slaid kebitaraan SMK Gajah Berang “on the spot” untuk Nazir semasa pemantauan pada Julai 2012
41.  Menyedia dan menayangkan persembahan multimedia SMK Gajah Beang untuk pelawat-pelawat (rombongan dari Indonesia-2012/ China -2011 / Thailand – 2010 /Para pendidik dari Padang, Indoneia-2009)
42.  Setiap kali sekolah mengadakan LDP, saya memasang Peralatan LCD dan laptop . Memastikan ia berfungsi dan selepas LDP, saya kemas dan simpan semua peralatan yang digunakan. Sayalah antara guru yang paling awal sampai sekolah semasa LDP dan paling lewat pulang ke rumah.

43.  Menguruskan Pembelian / perolehan bahan untuk PSS. Proses pemilihan buku sebelum beli memakan masa. Kalau nak beli bahan seperti PA sistem atau air purifier, saya kena pergi kedai, cari Quotation dulu (ingat kena cari 3 sebut harga dari 3 syarikat ) memakan masa. Tulis nota minta, dapat kebenaran dahulu, sudah lulus baru tulis LO (sekarang kerani buat LO) , baru boleh ambil barang. Bila terima barang kena masuk stok pula – samada inventori / harta modal / key in automasi (untuk buku). Semua ini memakan masa. Lepas tu baru mula proses buku yang berperingkat...

44.   Kerja-kerja memproses buku memang merupakan suatu tugas yang mengambil masa. Hanya orang yang pernah membuat kerja ini akan memahami betapa remehnya tugas ini.
4
45.  Membuat laporan ringkas aktiviti yang dilaksanakan sebagai bahan bukti / eviden kerja saya sebagai seorang Guru Perpustakaan dan Media dalam blog GPM saya : http://tehonchew.blogspot.com/2012/12/laporan-aktiviti-pss-sepanjang-tahun.html
   
       Nasib baik saya simpan eviden dalam blog saya . Ada yang tak sempat upload. Sesiapa ingin lihat dipersilakan.
         
          Saya memang sedih dan kecewa dengan tuduhan yang GPM relax dan senang di sekolah.  Hanya Tuhan yang tahu segala usaha dan pengorbanan saya untuk sekolah dan anak murid yang dikasihi.

        To be continue ...  more visual evidences coming soon.

Saturday, January 12, 2013

Pengambilan Pengawas Perpustakaan Baru Tingkatan 1

                                Tarikh   :     11 Jan 2013
                                Masa     :     12.00 tgh - 2.30 ptg
                                Tempat  :     Perpustakaan

Ujian Bertulis 
Murid Tigkatan 1 mendengar arahan sebelum menjawab soalan ujian bertulis.

Temuduga 
 Tay Tien Sing, Bekas Penolong Pengerusi membantu menilai murid semasa temuduga.

Selesai temuduga : Lega !

 Memproses Buku dan Membalut buku

 Mop Lantai sebelum tutup library



Saturday, January 05, 2013

Form 1 science PBS 2013

To all Form 1 Science teachers :







Form 1 Science PBS Assessment Form_teacher check list


Borang Senarai Semak Pengurusan Fail DSP PBS
Bil
Perkara
Bilanagan Fail
Kandungan
Lokasi  Simpan
Catatan
Tandakan (/) jika ada
1.
Fail Induk
2  Fail bagi setiap mata pelajaran
a. Surat Pekeliling/ Surat Siaran
b. Surat berkaitan JK PBS sekolah
c. Carta oraganisasi
d. Minit Mesyuarat Jawatankuasa PBS
e. Senarai Ahli Jawatankuasa
f. Senarai bahan tugas dan maklumat guru PBS(Senarai nama, Biodata, Surat Lantikan AJK dan Surat Lantikan guru PBS)
g. Jadual Pengoperasian PBS
h. Borang Pemantauan/ penajaminan kualiti
- Satu disimpan di pejabat / Tempat mudah dicapai
- Satu disimpan oleh Ketua Panitia/ Penyelaras / Setiausaha PBS


2.
Fail Perkembangan Murid

1 Fail untuk seorang pelajar
a. Maklumat Murid
b. Labelkan pembahagian mengikut mata pelajaran berkenaan dalam satu fail
c. Evidens terbaik pelajar
d. Laporan pencapaian pelajar (dari SSPBS)
-Di belakang kelas / tempat mudah diakses
- Setiap murid satu fail untuk semua mata pelajaran
- Buat pembahagian antara mata pelajaran

3.
Fail Showcase
1 Fail untuk setiap mata pelajaran
a. Evidens terbaik pelajar
b. Pembahagian mengikut kelas
- Disimpan oleh Ketua Bidang / Ketua Panitia


Wednesday, January 02, 2013

Orientasi Tingkatan1 2013

Minggu Orientasi Tingkatan 1 SMK Gajah Berang Melaka berlangsung mengikut jadual brikut :

Khamis, 3 Jan 2013
9.00 pagi
Pn Teh On Chew mempromosi PSS kepada murid-murid Tingkatan 1