Senarai
kerja yang saya laksanakan sepanjang tahun untuk PSS selain daripada memproses
buku :
1. Buka gate librari setiap pagi – 7.30 pg
2. Bawa 6 jenis surat khabar ke perpustakaan , murid rekod
dan masukkan dalam rak surat khabar. Kadang-kadang murid tak sempat buat, saya tolong . Setiap minggu saya semak, akhir bulan semak, cop dan hantar satu salinan rekod terima surat khabar kepada pejabat untuk buat bayaran.
3. Pastikan
pekerja naik blok perpustakaan , sapu dan mop sepanjang koridor blok
perpustakaan. (Bila dia tak naik / tak datang, kena buat sendiri)
4. Bersihkan
bahagian dalam librari . Librarian membantu juga pada waktu rehat dan petang.
5. On
komputer automasi, buat maintainence printer (clean print head). Lepas tu baru
mula kerja-kerja automasi.
6. Kalau
printer rosak, cuba repair sendiri (minor repair – save money )
7. Check
meter mesin fotostat . (Pastikan kutipan wang fotostat yang dilakukan oleh librarians
betul, check rekod fotostat ). Kalau mesin fotostat jam / rosak, cuba repair
(minor repair saya buat sendiri). Kalau tak boleh repair baru talefon kedai.
8. Bila
kertas fotostat habis , saya ke kedai The Paper Shop (Kat Melaka Raya) beli
kertas dan angkut dengan kereta sendiri (biasanya sebelah petang).
9. Chek
CCTV. Pastikan semua berfungsi. Jika berlaku kecurian barang murid /
kehilangan@ tertukarnya kasut, peninglah kepala saya. Sebab ia memakan masa
untuk lihat semula rekod CCTV. Pergi kelas demi kelas cari budak, dll. Paling
cepatpun 2 waktu untuk selesaikan masalah ini. Bukan saja CCTV dalam dan luar
librari. Yang pening kepala ialah selesaikan masalah CCTV di dalam dan luar
makmal komputer. Bila murid rosakkan komputer dsb.
10. Bila
lampu siling tak menyala, pergi kedai elektrik, beli lampu baru (biasanya
sebelah petang-after school) dan tukar . Dua kali CC kat pejabat yang bertindak panggil orang luar. Kadang-kadang
nak tunggu lama sangat, jadi buatlah sendiri. Minta tolong pakcik guard (sangat
baik), biasa buat bersama dia.
11. Bila
Air-con rosak,saya isi nota minta, dapatkan kebenaran pengetua, isi LO
(sekarang kerani yang isi LO),lepastu telefon kedai air-con untuk servis dan
repair air-con. Bila mereka datang, saya berada di librari tunggu dan pantau
mereka buat kerja-kerja repair. Lepastu hantar bil kepejabat untuk buat
bayaran.
12. Promosi
PSS, NILAM kepada murid-murid tingkatan
1 & 6 setiap tahun.
13. Bila
ada mesyuarat kurikulum / Panitia / LDP
di perpustakaan, saya dan Librarian buat persiapan tempat (Perpustakaan merupakan bilik serbaguna ) :
alihkan meja ke dalam bilik rujukan dan susun kerusi untuk mesyuarat . Sediakan
PA sistem, LCD dan Laptop jika perlu.
14. Bila
cikgu bawa murid masuk librari untuk NILAM, saya bantu kawal disiplin murid. Mulai
FebTahun 2012 saya tayangkan i-NILAM secara online kepada murid on the spot.
Minta mereka check rekod bilangan buku secara online. Kalau budak nak pinjam
buku, saya uruskan pinjaman dan pemulangan. Begitu juga pinjaman pukal (guru
pinjam 50 buku sekali untuk satu kelas. Sediakan borang dan fail untuk guru
berkenaan.
15. Paling
banyak masa digunakan untuk pengurusan i NILAM. Guru NILAM membantu saya agih dan kutip fail NILAM -40
kelas (sebab dia sibuk). Persiapan sebelum taklimat NILAM, http://tehonchew.blogspot.com/2012/02/taklimat-pelaksanaan-nilam-2012.html Majlis
Pelancaran NILAM, http://tehonchew.blogspot.com/2012/02/majlis-perlancaran-nilam-2012.html
masuk data NILAM murid (tahun ini guru nilam bantu juga sikit-sikit- boleh
semak dan rujuk i-NILAM) tapi kebanyakannya saya yang buat bersama librarian,
semak data NILAM, Print laporan, agih kepada 40 kelas untuk disemak, 1 Salinan
di pamerkan di papan kenyataan NILAM. Print Sijil. Majlis pengiktirafan
pencapaian NILAM (oktober), agihkan kepada guru tingkatan untuk direkod dalam
buku rekod pelajar.
16. Bawa
kereta sendiri ke BTPN Melaka / JPM , angkat buku NILAM (1000 buku setiap kali
beli) untuk dijual di koperasi. Pustakam
untung duit, kita yang kena paksa angkut buku sendiri.
17. Melatih
Pengawas PSS merupakan satu tugas utama yang melibatkan banyak masa.. Saya
sentiasa bersama librarians setiap kali ada mesyuarat pengawas PSS. Pengawas PSS kat sekolah saya amat aktif
sepanjang tahun. Saya beri latihan LDP kepada librarian dari masa ke semasa-
Literasi maklumat kemahiran perpustakaan, proses teknik buku, kemahiran mencari
maklumat, kemahiran ICT dll.. (stay back most of the days )
18. Bersama
librarian buat ujian bertulis dan
temuduga pengawas PSS baru setiap Januari (Tingkatan 1) dan Mei (tingkatan 6).
Memberi latihan kepimpinan Pengawas PSS , latihan asas Pengawas PSS. Menguruskan
Majlis Pelantikan Pengawas PSS.
19. Menguruskan
LDP berkaitan PSS kepada guru-guru . contoh :
Hands on Eduweb TV.
Memberi ceramah aplikasi data
on-line LDP i-NILAM http://tehonchew.blogspot.com/2012/02/ldp-aplikasi-data-online.html
Mengurus
dan memberi ceramah dalam Bengkel Penghasilan Modul Literasi Maklumat.
20. Menguruskan
pelbagai aktiviti galakan membaca – contoh : Read 2012 http://tehonchew.blogspot.com/2012/10/read-2012.html
21. Uruskan
pelbagai aktiviti / projek jualan peningkatan dana (projek dedikasi Tahun baru
Cina & Valentine –untung RM 701.35, Jualan Sukan-untung RM350.10, Projek
Tanglung –untung RM300.90, projek binding –untung RM1198.80, jualan T-shirt- RM128.00
(Setiap projek mengambil masa dan usaha, walaupun penat, tapi ada kepuasan)-
murid belajar kemahiran Teamwork dan kepimpinan. Contoh :
Aktiviti sebegini
memang memakan masa. (A lot of time spent
coaching and guiding and doing togather with the students ).
22. Menyediakan
pelbagai sudut dan PSS dan pameran
semasa.
23. Setiap
kali ada pelawat dari luar, pasti perpustakaan digunakan untuk menyambut
tetamu. Persiapan awal untuk pelbagai majlis – pindahkan meja kerusi ke
bahagian dalam PSS, susun semula kerusi , ceriakan perpustakaan, persiapan
tempat untuk jamu selera.
Selepas setiap Majlis, susun semula
kerusi meja. Bersihkan librari. (Biasa buat bersama librarian )
24. Buat
lawatan sambil belajar ke pesta jualan buku. Buat kertas kerja, sewa bus, cari
murid, sebar maklumat, beri taklimat rombongan, pada hari berkenaan, bersama
murid, pastikan keeselamatan murid. Melatih
murid cara memilih buku berkuali, dan beli buku untuk perpustakaan. Dalam bus
pun buat book review. So much fun eventhough tiring.
25. Buat
semakan stok dan year end housekeeping. (kerja ini memang penat sikit. Bukan satu hari
boleh siap ) http://tehonchew.blogspot.com/2012/11/pss-end-of-year-house-keeping.html
26. Mengemas
dan Membersihkan stor PSS. (Kat rumah kerja-krja membersih dan mengemas
sebegini orang gaji saya buat, di sekolah saya juga kena uruskan ).
27. Menguruskan
smart Kad murid – sedia senarai murid T 1 (8 kelas), kutip duit RM10.00, ambil
gambar murid (syarikat One Think ), hantar ke setiap kelas untuk semak gambar
dan maklumat murid, bila kad siap, kena activate kat komputer, semak keboleh
gunaan kad, agihkan kad kepada murid. Bila murid hilang kad tau murid baru
pindah ke sekolah, kena uruskan buat kad baru (paling leceh – sekejap satu,
satu, very time consuming ) http://tehonchew.blogspot.com/2012/01/smart-card-murid-tingkatan-1-smk-gajah.html
28. Buat kertas kerja projek naik taraf PSS,
Dataran NILAM, memantau kerja-kerja pembinaan Dataran NILAM (Hari ahad pun saya
datang sekolah untuk memastikan kerja-kerja dijalankan dengan baik)
29. Saya
bersama guru-guru ABM memindahkan barang-barang dalm kabinet di Bilik media
sebelum projek naik taraf diadakan. Bila
kerja-kerja baik pulih bilik media berlangsung semasa cuti, saya sering balik
memantau dan memastikan kontraktor membuat kerja dengan baik.
selepas sudah siap, saya bersama
AJK Bilik Media kemas dan susun semula barang-barang ke dalam rak di bilik
media dan jadikan sebagai bilik serbaguna.
30. Mengendalikan
AGM PSS setahun sekali - pesan makanan untuk
murid, beli cendera hati, bimbing murid buat kad jemputan, laporan dan minit
mesyuarat. http://tehonchew.blogspot.com/2012/07/agm-lembaga-pengawas-perpustakaan-2012.html
31. Melatih
murid membina blog PSS SMK Gajah berang dan mengambil bahagian dalam
pertandingan peringkat negeri Melaka. http://tehonchew.blogspot.com/2011/09/keputusan-pertandingan-membina-blog-pss.html
33. Membangunkan
Blog PSS SMK Gajah Berang pada 2011 .( Blogger) http://psssmkgajahberangmelaka.blogspot.com/2011/09/carta-organisasi-pss-smkgb-2011-terkini.html
34. Membangunkan
Portal PSS SMK Gajah Berang 2012 ( wordpress) Hasil kursus di Heritage Hotel
Melaka pada Ogos 2012
35. Menyediakan
bahan-bahan Literasi Maklumat “ The Big Six Skill ” untuk LDP Literasi Maklumat semua guru SMK
Gajah Berang. http://www.authorstream.com/Presentation/psssmkgb-1096481-big-6-utk-ldp-25jun-2011/
36. Memberi
idea, membimbing dan bersama-sama murid menghias perpustkaan, papan pameran
semasa, menyediakan sudut-sudut semasa PSS. (Tak cantik, buka dan pasang semula
) semu ini memakan masa – bukan boleh siap dalam satu hari.
37. Menyediakan
gambar-gambar guru SMK Gajah Berang dan masuk dalam komputer GPK Pentadbiran,
GPK HEM, GPK Kokurikulum, dan semua GKMP untuk kegunaan carta organisasi semua
unit. http://psssmkgajahberang.wordpress.com/guru/
38. Menyediakan
group e-mail untuk kegunaan semua staf SMK Gajah Berang. Ia dilancarkan oleh Pn
Pengetua semasa Mesyuarat Guru pada awal tahun..
39. Menyediakan
persembahan multimedia Sejarah SMK Gajah Berang.
40. Menyediakan
slaid Profil sekolah untuk pemantauan Nazir bagi tujuan Calon sekolah Kluster
Kecemerlangan 2011 (tahun 2012- disediakan oleh guru ICT. ). Menyediakan 10
slaid kebitaraan SMK Gajah Berang “on the spot” untuk Nazir semasa pemantauan
pada Julai 2012
41. Menyedia
dan menayangkan persembahan multimedia SMK Gajah Beang untuk pelawat-pelawat
(rombongan dari Indonesia-2012/ China -2011 / Thailand – 2010 /Para pendidik
dari Padang, Indoneia-2009)
42. Setiap
kali sekolah mengadakan LDP, saya memasang Peralatan LCD dan laptop .
Memastikan ia berfungsi dan selepas LDP, saya kemas dan simpan semua peralatan
yang digunakan. Sayalah antara guru yang paling awal sampai sekolah semasa LDP
dan paling lewat pulang ke rumah.
43. Menguruskan Pembelian / perolehan bahan untuk PSS. Proses pemilihan buku sebelum beli memakan masa. Kalau nak beli bahan seperti PA sistem atau air purifier, saya kena pergi kedai, cari Quotation dulu (ingat kena cari 3 sebut harga dari 3 syarikat ) memakan masa. Tulis nota minta, dapat kebenaran dahulu, sudah lulus baru tulis LO (sekarang kerani buat LO) , baru boleh ambil barang. Bila terima barang kena masuk stok pula – samada inventori / harta modal / key in automasi (untuk buku). Semua ini memakan masa. Lepas tu baru mula proses buku yang berperingkat...
43. Menguruskan Pembelian / perolehan bahan untuk PSS. Proses pemilihan buku sebelum beli memakan masa. Kalau nak beli bahan seperti PA sistem atau air purifier, saya kena pergi kedai, cari Quotation dulu (ingat kena cari 3 sebut harga dari 3 syarikat ) memakan masa. Tulis nota minta, dapat kebenaran dahulu, sudah lulus baru tulis LO (sekarang kerani buat LO) , baru boleh ambil barang. Bila terima barang kena masuk stok pula – samada inventori / harta modal / key in automasi (untuk buku). Semua ini memakan masa. Lepas tu baru mula proses buku yang berperingkat...
44. Kerja-kerja memproses buku memang merupakan suatu tugas yang mengambil masa. Hanya orang yang pernah membuat kerja ini akan memahami betapa remehnya tugas ini.
4
45. Membuat
laporan ringkas aktiviti yang dilaksanakan sebagai bahan bukti / eviden kerja
saya sebagai seorang Guru Perpustakaan dan Media dalam blog GPM saya : http://tehonchew.blogspot.com/2012/12/laporan-aktiviti-pss-sepanjang-tahun.html
Nasib baik saya simpan eviden dalam blog saya . Ada yang tak sempat upload. Sesiapa ingin lihat dipersilakan.
Saya memang sedih dan kecewa dengan tuduhan yang GPM relax dan senang di sekolah. Hanya Tuhan yang tahu segala usaha dan pengorbanan saya untuk sekolah dan anak murid yang dikasihi.
4
Nasib baik saya simpan eviden dalam blog saya . Ada yang tak sempat upload. Sesiapa ingin lihat dipersilakan.
Saya memang sedih dan kecewa dengan tuduhan yang GPM relax dan senang di sekolah. Hanya Tuhan yang tahu segala usaha dan pengorbanan saya untuk sekolah dan anak murid yang dikasihi.
To be continue ... more visual evidences coming soon.
No comments:
Post a Comment