Wednesday, October 19, 2011

Kursus Pertengahan Pengurusan dan Pentadbiran PSS Bagi Guru-Guru GPM Kawasan Merlimau / Jasin

                                      Tarikh  :   18, 19 & 20 Okt 2011
                                      Masa   :    8.00pg hingga 5.00 ptg
                                     Tempat :    SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka

Seramai 42 orang guru GPM dari kawasan Merlimau / Jasin menghadiri kursus selama 3 hari ini. Kursus ini dianjurkan oleh BTPN Melaka dengan kerjasama JPM dan PKG Kawasan Merlimau dan Jasin. Seramai 15 orang fasilitator yang diketuai oleh Pn Hjh Hafshah Bt Muhammad (unit PSP) terlibat bersama.
Tn Hj Khalib Bin Takim, Pegawai BTPN Melaka menyampaikan maklumat penting kepada para peserta kursus semasa slot Pengurusan Pelupusan Stok PSS.

Sesi  Perkongsian pengalaman oleh Pn Teh On Chew, GPM SMK Gajah Berang , Melaka dalam Slot  PSS Era Digital 

http://tehonchew.blogspot.com/

http://psssmkgajahberangmelaka.blogspot.com/

Antara Kandungan Kursus :
  • Fail Kuasa PSS
  • Proses Teknik Bahan Buku & Bukan Buku
  • Sumber-sumber Maklumat di PSS
  • Pengurusan NILAM
  • Pengelasan Bahan PSS
  • Pengkatalogan Bahan PSS
  • Pengurusan Pelupusan Stok
  • Penilaian PSS Cemerlang
  • Penggunaan Bahan & Sumber Rujukan
  • Abstrak & Indeks
  • PSS Yang  Berkesan
Dengan adanya kursus ini, Pihak BTPN Melaka harap dapat memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan guru-guru GPM dalam pengurusan dan pentadbiran PSS di sekolah masing-masing.



No comments: