Tuesday, June 28, 2011

Pertandingan Sudoku Peringkat Sekolah

Sempena Sambutan  Bulan Matematik dan Sains SMKGB 2011
Tarikh  :  28 Jun 2011
Masa    : 9.00 Pagi
Tempat  :  Dewan SMKGB



Pelancaran Hari Koperasi SMK Gajah Berang Melaka

   Tarikh  :  27 Jun 2011  (Isnin)
   Masa   :   8.00 pagi
   Tempat : Dewan SMK Gajah Berang

Saturday, June 25, 2011

LDP - Bengkel Penghasilan Modul Literasi Maklumat dalam P & P SMK Gajah Berang 2011

                                 Tarikh   :   25 Jun 2011
                                 Masa    :    8.00 pg Hingga 2.00 tgh
                                 Tempat :   Dewan SMK Gajah Berang
                                 Sasaran :   Semua Guru SMKGajah Berang
                               
                                                         Kaedah :   The Big Six Skills

Pn Teh On Chew Memberi Ceramah Literasi Maklumat dalam P & P

Bengkel Literasi Maklumat Berjalan dengan lancar. Tumpuan guru terhadap persembahan Modul  amat memuaskan.  Sikap positif guru jelas menunjukkan komitmen guru terhadap tugasan yang diamanahkan. 

   Semangat kerjasama antara guru-guru SMKGB  dalam kumpulan  semasa sesi perbengkelan amat baik.
                                                                                                          
          Kumpulan Geografi                                Kumpulan Bahasa Inggeris
               Kumpulan Bahasa Melayu                    Kumpulan Kimia  
 
                Kumpulan matematik                      Kumpulan B Kaunseling 

  
            Kumpulan Sejarah Men Rendah           Kumpulan Sains Men Rendah
Persembahan Hasil Bengkel Kumpulan Pengajian Am disampaikan oleh Pn Lam Paw Lien dan dibantu oleh Pn Zaimah Mohd
Komen  :   Menarik.  Menepati kehendak Objektif bengkel.  Kaedah The Big Six Skills digunakan. Syabas.

Bahan Bukti Hasil Bengkel Literasi Maklumat Dalam P & P
Inilah hasil bengkel LDP. Rancangan Pengajaran berasaskan Literasi Maklumat yang dihasilkan oleh semua guru mengikut kumpulan   dijilidkan . Satu salinan dokumentasi ini diserah kepada BTPN Melaka dan dua salinan di simpan di perpustakaan SMKGB untuk rujukan guru.

Terima Kasih dan Tahniah kepada semua guru SMKGB.

Friday, June 24, 2011

AGM PSS SMK Gajah Berang 2011

            Tarikh  :     23 Jun 2011
            Masa   :     1.30 tgh - 4.30 ptg
            Tempat :     Perpustakaan
Perhimpunan Pengawas PSS di perpustakaan untuk Majlis AGM PSS 2011
Barisan AJK Kerja PSS
Ucapan Pengerusi PSS, saudari Khoo Yee Wen
Ucapan GPM, Pn Teh On Chew
Ucapan GPK 1, En Omar B Yusop
GPK 1 menyampaikan sijil dan cenderahati kepada pengawas PSS

Penyampaian Cenderahati kepada GPK 1 atas sokongan beliau terhadap PSS

Barisan AJK Baru bagi sesi 2011


Wednesday, June 22, 2011

Majlis penyerahan Komputer 1 Malaysia Fasa 2 DUN Kota Laksamana

                             Tarikh     :     22 Jun 2011  (Rabu)
                             Masa      :      9.00 Pagi
                             Tempat   :      Dewan SMK Gajah Berang

                 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) melalui suruhanjaya Komunikasi dan multimedia malaysia (SKMM) dan Melaka ICT Holding Sdn Bhd (MITCH) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka menjayakan usaha pemberian Netbook 1 Malaysia kepada murid yang layak. Seramai 181 murid dari SMK Gajah Berang, 118 murid dari SMK Katholik, dan 148 Murid dari SMK Notre Dame layak menerima Netbook. Para  Ibu bapa murid berkenaan dijemput hadir sendiri untuk penerimaan netbook .

En Lim Eng Teak, Ahli Majlis Bandaraya Melaka mewakili YB Datuk Gan Tian Loo memberi ucapan dalam majlis Penyampaian Netbook 1 Malaysia Peringkat Negeri Melaka di Dewan SMK Gajah Berang.

Penyampaian Netbook oleh En Lim Eng Teak kepada murid yang layak.

Netbook-netbook yang diperuntukkan kepada calon yang berjaya,
Syarat utama kelayakan  :
Pendapatan bulanan isi rumah mesti tidak melebihi RM 3000.00 sebulan.
Pemohon mestilah terdiri daripada Warganegara Malaysia


 Pihak Sekolah SMK Gajah Berang berjaya memastikan Majlis ini berlansung dengan meriah dan teratur.
Tahniah diucapkan kepada Penyelaras Majlis, Pn Tan Guek Ping, GPK HEM SMK Gajah Berang dan semua AJK yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
 Sumbangan anda amat dihargai.


Bulan Matatematik dan Sains 2011

Majlis Pelancaran Bulan Matematik dan Sains SMK Gajah Berang 2011
               Tarikh   : 21 Jun 2011
               Masa    : 7.40 Pagi
               Tempat  :  Dewan SMK Gajah Berang



Nyanian Lagu-lagu patriotik dan Bacaan Ikrar



Rockets Launching Competition


Demonstrasi "Magic Fire Ball"

Wednesday, June 15, 2011

Bengkel Aktiviti Gerakan Tabiat Membaca Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2011

                   Tarikh    :   14 & 15 Jun 2011
                   Masa     :    8.00pg - 5.00 ptg
                   Tempat  :    BTPN Melaka

Seramai 48 Peserta GPM terlibat dalam Bengkel selama dua hari ini. Para peserta dibahagi kepada 17 kumpulan kecil. Setiap kumpulan ditugaskan untuk menghasilkan satu kertas kerja lengkap berkaitan aktiviti gerakan tabiat membaca. Hasil bengkel dipersembahkan oleh setiap kumpulan. Pertandingan persembahan diadakan. Penilaian oleh panel hakim berdasarkan kriteria kreativiti, inovasi, keberkesanan, gaya persembahan dan keseronokan. Semua kumpulan juga di beri peluang mengundi markah bonus (5) untuk setiap persembahan.
Bengkel kali ini agak seronok , berhasil dan tidak membosankan . 

Tn Hj Mohd Nor Bin Abu, KPP BTPN Melaka memberi ucapan dan motivasi kepada para GPM semasa Majlis Penutup Bengkel Aktiviti Gerakan Membaca Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2011.

Persembahan Hasil Bengkel disampaikan oleh Pn Teh On  chew. 
Kumpulan kami telah berjaya memenangi Johan 
dalam pertandingan Persembahan Hasil Bengkel yang bertajuk : Kuiz Explorace

Kumpulan 4

Penerimaan Hadiah Johan  Pertandingan daripada Tn KPP BTPN Melaka.

Berkongsi Kejayaan : Dari kiri  : 
Pn Satiha Binti Ahmad (SMKTM), Tn Hj Mohd Nor Bin Ahmad (KPP BTPN Melaka), Pn Teh On Chew (SMKGB) dan Pn Hartini Binti Hamid (SMKSM)

Terima kasih  Tn KPP BTPN Melaka kerana sudi menympaikan sijil kepada Pn Teh.