Wednesday, June 15, 2011

Bengkel Aktiviti Gerakan Tabiat Membaca Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2011

                   Tarikh    :   14 & 15 Jun 2011
                   Masa     :    8.00pg - 5.00 ptg
                   Tempat  :    BTPN Melaka

Seramai 48 Peserta GPM terlibat dalam Bengkel selama dua hari ini. Para peserta dibahagi kepada 17 kumpulan kecil. Setiap kumpulan ditugaskan untuk menghasilkan satu kertas kerja lengkap berkaitan aktiviti gerakan tabiat membaca. Hasil bengkel dipersembahkan oleh setiap kumpulan. Pertandingan persembahan diadakan. Penilaian oleh panel hakim berdasarkan kriteria kreativiti, inovasi, keberkesanan, gaya persembahan dan keseronokan. Semua kumpulan juga di beri peluang mengundi markah bonus (5) untuk setiap persembahan.
Bengkel kali ini agak seronok , berhasil dan tidak membosankan . 

Tn Hj Mohd Nor Bin Abu, KPP BTPN Melaka memberi ucapan dan motivasi kepada para GPM semasa Majlis Penutup Bengkel Aktiviti Gerakan Membaca Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2011.

Persembahan Hasil Bengkel disampaikan oleh Pn Teh On  chew. 
Kumpulan kami telah berjaya memenangi Johan 
dalam pertandingan Persembahan Hasil Bengkel yang bertajuk : Kuiz Explorace

Kumpulan 4

Penerimaan Hadiah Johan  Pertandingan daripada Tn KPP BTPN Melaka.

Berkongsi Kejayaan : Dari kiri  : 
Pn Satiha Binti Ahmad (SMKTM), Tn Hj Mohd Nor Bin Ahmad (KPP BTPN Melaka), Pn Teh On Chew (SMKGB) dan Pn Hartini Binti Hamid (SMKSM)

Terima kasih  Tn KPP BTPN Melaka kerana sudi menympaikan sijil kepada Pn Teh.



No comments: