Friday, July 08, 2011

Program Kecemerlangan PMR - Geografi

                          Tarikh  :   8 Julai 2011
                          Masa   :   8.00- 10.00 pg
                         Sasaran :  Murid - murid Tingkatan 3
                         Penceramah  :    Pn Rohani Binti Hamzah

Pn Rohani Binti Hamzah (Guru Cemerlang ) dari SMK Durian Daun, Melaka berkongsi pengalaman beliau dalam kejayaan menguasai kemahiran belajar Geografi PMR.

Seramai 205 orang Murid Tingkatan 3 di beri peluang mendengar ceramah Teknik Belajar Geografi dengan Berkesan daripada penceramah Pn Rohani Binti Hamzah yang mahir dalam subjek Geografi..
Terima kasih atas sumbangan beliau yang sudi berkongsi ilmu dan bahan inovasinya. Semoga murid mendapat manfaat daripada usaha murni ini.

Saturday, July 02, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

                 Tarikh   :   2 Julai 2011
                 Masa    :   7..00 pg - 10.30 pg
Siaran Secara Langsung Larian Serentak 1murid 1 Sukan 1 Malaysia dari padang Esplanade, Taiping , Perak

Murid-murid menyaksikan siaran secara langsung bersama sambil memanaskan badan sebelum larian bermula
Pn Teh membimbing murid -murid dalam aktiviti memanaskan badan

Flag off   ... Bersedia ...
Flag off ... ke Padang Sekolah

Sedia ... Mula ...

Guru-guru Beraksi
Suasana di Padang Sekolah
Cenderahati kepada NYDP PIBG
Penyampaian Hadiah

Penyampaian Cenderahati

Hurray !!
SMK Gajah Berang Berjaya menganjurkan larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.


Friday, July 01, 2011

Promosi Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Promosi Larian 1Murid 1 Sukan 1 Malaysia di PSS SMK Gajah Berang.




Pertandinagan Kuiz Matematik dan Sains Menengah Rendah Peringkat Negeri Melaka

Tatikh   :   30 Jun 2011
Masa    :   2.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat :   Dewan  Sekolah
Penganjur :   SMK Gajah Berang

Kuiz Sains dan Matematik antara Sekolah-Sekolah Kawasan Bandar Melaka


Hadiah-hadiah untuk pemenang aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Matematik dan Sains

Pertandingan Rubik


Pertandingan "Rocket Launching"

Pertandingan  "Calculator Wizard"
Barisan Hakim yang Bijksana dan Adil

Aktiviti-aktiviti sepanjang Bulan Matematik dan Sains
1.  Rocket Launching  competition
2.  Kuiz Sains dan Matematik
3.   Calculator wizard competition
4.  Rubic cube competition
5.  Pertandingan Sudoku
6.  Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains
7. Seminar dan Ceramah 

Tuesday, June 28, 2011

Pertandingan Sudoku Peringkat Sekolah

Sempena Sambutan  Bulan Matematik dan Sains SMKGB 2011
Tarikh  :  28 Jun 2011
Masa    : 9.00 Pagi
Tempat  :  Dewan SMKGB



Pelancaran Hari Koperasi SMK Gajah Berang Melaka

   Tarikh  :  27 Jun 2011  (Isnin)
   Masa   :   8.00 pagi
   Tempat : Dewan SMK Gajah Berang

Saturday, June 25, 2011

LDP - Bengkel Penghasilan Modul Literasi Maklumat dalam P & P SMK Gajah Berang 2011

                                 Tarikh   :   25 Jun 2011
                                 Masa    :    8.00 pg Hingga 2.00 tgh
                                 Tempat :   Dewan SMK Gajah Berang
                                 Sasaran :   Semua Guru SMKGajah Berang
                               
                                                         Kaedah :   The Big Six Skills

Pn Teh On Chew Memberi Ceramah Literasi Maklumat dalam P & P

Bengkel Literasi Maklumat Berjalan dengan lancar. Tumpuan guru terhadap persembahan Modul  amat memuaskan.  Sikap positif guru jelas menunjukkan komitmen guru terhadap tugasan yang diamanahkan. 

   Semangat kerjasama antara guru-guru SMKGB  dalam kumpulan  semasa sesi perbengkelan amat baik.
                                                                                                          
          Kumpulan Geografi                                Kumpulan Bahasa Inggeris
               Kumpulan Bahasa Melayu                    Kumpulan Kimia  
 
                Kumpulan matematik                      Kumpulan B Kaunseling 

  
            Kumpulan Sejarah Men Rendah           Kumpulan Sains Men Rendah
Persembahan Hasil Bengkel Kumpulan Pengajian Am disampaikan oleh Pn Lam Paw Lien dan dibantu oleh Pn Zaimah Mohd
Komen  :   Menarik.  Menepati kehendak Objektif bengkel.  Kaedah The Big Six Skills digunakan. Syabas.

Bahan Bukti Hasil Bengkel Literasi Maklumat Dalam P & P
Inilah hasil bengkel LDP. Rancangan Pengajaran berasaskan Literasi Maklumat yang dihasilkan oleh semua guru mengikut kumpulan   dijilidkan . Satu salinan dokumentasi ini diserah kepada BTPN Melaka dan dua salinan di simpan di perpustakaan SMKGB untuk rujukan guru.

Terima Kasih dan Tahniah kepada semua guru SMKGB.

Friday, June 24, 2011

AGM PSS SMK Gajah Berang 2011

            Tarikh  :     23 Jun 2011
            Masa   :     1.30 tgh - 4.30 ptg
            Tempat :     Perpustakaan
Perhimpunan Pengawas PSS di perpustakaan untuk Majlis AGM PSS 2011
Barisan AJK Kerja PSS
Ucapan Pengerusi PSS, saudari Khoo Yee Wen
Ucapan GPM, Pn Teh On Chew
Ucapan GPK 1, En Omar B Yusop
GPK 1 menyampaikan sijil dan cenderahati kepada pengawas PSS

Penyampaian Cenderahati kepada GPK 1 atas sokongan beliau terhadap PSS

Barisan AJK Baru bagi sesi 2011


Wednesday, June 22, 2011

Majlis penyerahan Komputer 1 Malaysia Fasa 2 DUN Kota Laksamana

                             Tarikh     :     22 Jun 2011  (Rabu)
                             Masa      :      9.00 Pagi
                             Tempat   :      Dewan SMK Gajah Berang

                 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) melalui suruhanjaya Komunikasi dan multimedia malaysia (SKMM) dan Melaka ICT Holding Sdn Bhd (MITCH) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka menjayakan usaha pemberian Netbook 1 Malaysia kepada murid yang layak. Seramai 181 murid dari SMK Gajah Berang, 118 murid dari SMK Katholik, dan 148 Murid dari SMK Notre Dame layak menerima Netbook. Para  Ibu bapa murid berkenaan dijemput hadir sendiri untuk penerimaan netbook .

En Lim Eng Teak, Ahli Majlis Bandaraya Melaka mewakili YB Datuk Gan Tian Loo memberi ucapan dalam majlis Penyampaian Netbook 1 Malaysia Peringkat Negeri Melaka di Dewan SMK Gajah Berang.

Penyampaian Netbook oleh En Lim Eng Teak kepada murid yang layak.

Netbook-netbook yang diperuntukkan kepada calon yang berjaya,
Syarat utama kelayakan  :
Pendapatan bulanan isi rumah mesti tidak melebihi RM 3000.00 sebulan.
Pemohon mestilah terdiri daripada Warganegara Malaysia


 Pihak Sekolah SMK Gajah Berang berjaya memastikan Majlis ini berlansung dengan meriah dan teratur.
Tahniah diucapkan kepada Penyelaras Majlis, Pn Tan Guek Ping, GPK HEM SMK Gajah Berang dan semua AJK yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
 Sumbangan anda amat dihargai.